Saturday, 29 May 2021

SIRI 7 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 3: Perkara Yang Membinasakan

Bab 17: Keajaiban Hati

Tajuk Mudarasah: Hati Yang Teguh Di Atas Kebaikan (Bahagian 2)

Halaman Rujukan Kitab : 258

Nota Mudarasah:

Contohnya: Kempen serangan syaitan ke atas akal fikiran di samping memberi semangat kepada nafsu syahwat dengan bisikan: Tidakkah kamu lihat si fulan dan si fulan itu gembira dan bebas menurut hawa nafsu mereka?. Syaitan berkata demikian sehingga dia membilang-bilang beberapa orang di kalangan ulamak. Ketika itu nafsu mula cenderung kepada bisikan syaitan.

Kemudian, malaikat pula melancarkan kempen serangan balasnya ke atas syaitan dengan berkata: Bukankah kamu telah mengetahui bahawa orang yang lupa kepada balasan buruk (akibat perbuatannya) akan binasa? Oleh itu, kamu jangan sekali-kali terpedaya dengan kelalaian manusia yang lupa terhadap (akibat buruk yang akan menimpa) diri mereka sendiri. Jika mereka berdiri di bawah pancaran mentari pada musim panas yang terik sedangkan kamu mempunyai rumah yang nyaman dan sejuk, adakah ketika itu kamu akan mengikut mereka atau kamu akan bertindak ke arah kebaikan dirimu sendiri? Jika kamu tidak sanggup bersama mereka berada di bawah terik matahari maka kenapa pula kamu sanggup bersama mereka dalam perkara yang membawa kepada neraka jahannam (yang lebih panas)?.

Ketika itu hatinya mula cenderung kepada kata-kata malaikat tersebut. Dalam keadaan begini, hati mula teragak-agak antara dua seruan tersebut sehinggalah akhirnya hati akan memilih apa yang lebih dirasakan baik untuknya. Sesiapa yang dicipta untuk kebaikan, akan dipermudahkan jalan ke arahnya dan begitulah sebaliknya. Firman Allah Taala:
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia akan melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya terasa sesak dan sempit seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).”
( Al-An’am : 125 )

Ya Allah ya Tuhan kami, berilah taufik kepada kami ke arah jalan yang Engkau sukai dan redainya.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB

No comments:

Post a Comment